Siapa diantara kita yang tak pernah baca komik kartun? Memang kedengaran agak pelik kalau seumur hidup kita tak pernah baca komik kartun terutamanya ketika zaman kanak-kanak. Ini kerana komik kartun lebih kepada berbentuk humor yang dapat membuatkan pembaca terhibur. Dan ada sesetengah orang membaca komik kartun kerana untuk menghilangkan boring/stress.

Amazing Fantasy, No. 15 / NILAI: AS$280,000
Isu ke-15 Amazing Fantasy adalah komik ke-10 termahal pernah dilelong. SPIDERMAN muncul buat pertama kali di kulit muka komik ada Ogos 1960. Ketika itu penerbitan siri komik ini dijadual akan ditamatkan, tapi kemunculan SPIDERMAN sebaliknya menyebabkan siri ini mencatatkan penjualan paling tinggi pada masa itu.

Komik ini diterbitkan pada 1940 buat pertama kali memperkenalkan pembaca kepada FLASH dan HAWKMAN

Komik More Fun Comics hanya diterbitkan antara 1935 hingga 1947. Isu ke-52 memperkenalkan pembaca kepada The Spectre.

Meskipun BATMAN diperkenalkan dalam komik Detective Comics, kimik ini adalah edisi pertama komik peribadinya yang diterbitkan pada 1940 dan turut memperkenalkan ROBIN.

Marvel Comics, anak syarikat The Walt Disney Company, memperkenalkan wira seperti IRON MAN, X-MEN, WOLVERINE dan ramai lagi.

Komik ini edisi pertama siri Detective Comics yang mula diterbitkan pada 1937 dan turut dibintangi SUPERMAN dan BATMAN dalam siri seterusnya. Ia ditulis menurut siri penyiasatan tegar yang sukar dinikmati pembaca.

Komik edisi ke-16 All-American Comics ini memperkenalkan Green Lantern kepada pembaca.

Meskipun Action Comics memperkenalkan SUPERMAN kepada umum, komik ini yang pertama didedikasi khas untuk wira besi itu.

BATMAN diperkenalkan kepada umum dalam edisi ke-27 Detective Comics. Komik ini hanya berharga AS$0.10 (RM0.32) ketika dijual pada 1939. 70 tahun kemudian, nilai komik ini meningkat jutaan kali ganda.

Seri komik pertama yang memperkenalkan SUPERMAN kepada dunia ini mula dijual pada April 1938. Pakar koleksi komik dan pengasas ComicConnect.com, Stephen Fishler, melabel komik ini sebagai pencetus kegilaan terhadap genre hiburan ringan ini.
0 comments :
Posting Komentar